PEDi TSJ Bimbing Panduan Membuat Minit & Agenda Mesyuarat

26 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Setiausaha Surau Taman Sepakat Jaya telah hadir ke PEDi Taman Sepakat Jaya untuk membuat bimbingan Minit & Agenda Mesyuarat. Mesyuarat merupakan platform utama bagi membincangkan, menyelaraskan, menyelesaikan seterusnya memutuskan sesuatu perkara atau isu. Mesyuarat dikatakan berkesan apabila matlamat mesyuarat tercapai mengikut tempoh yang ditetapkan. Perbincangan dan keputusan mesyuarat perlu dicatat dan diedarkan kepada ahli mesyuarat agar tindakan susulan dapat diambil dan dipantau. Minit mesyuarat yang berkualiti perlulah berasaskan fakta, padat, tepat, dan jelas. Untuk bimbingan panduan membuat Minit Mesyuarat, Resume dan sebagainya. Boleh berkunjung ke PEDi Taman Sepakat Jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali