Pendidikan
Tabika KEMAS Tmn Sepakat Jaya
Tabika KEMAS Tmn Sepakat Jaya terletak di bersebelahan Perpustakaan Desa Tmn Sepakat Jaya. Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.
Sekolah Kebangsaan Pajar Sejingkat
Sekolah Kebangsaan Pajar Sejingkat atau nama ringkasnya SK Pajar Sejingkat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A: Pej. Pel.Gab Kch,Jln Diplomatik Off Jln Bako
Sekolah Menengah Teknik Sejingkat
Sekolah Menengah Teknik Sejingkat merupakan sekolah aliran teknik sepenuhnya yang terdapat di Sarawak. Terletak di tengah-tengah kawasan Taman Perindustrian Sejingkat 15 km dari Bandaraya Kuching. Ditubuhkan pada tahun 1999. SMT Sejingkat merupakan sebuah sekolah yang moden sama ada dari segi kemudahan pembelajaran, asrama, bengkel-bengkel kejuruteraan, makmal-makmal komputer dan sains, pusat sumber, kemudahan ko-kurikulum, masjid dan sebagainya. Ini menjadikan suasana sekolah lebih kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Giatmara Santubong
Giatmara Santubong Membantu Mewujudkan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera Yang Berkualiti Bagi Mencapai Matlamat Wawasan 2020. Terletak di kawasan industri MARA(KIM),Blok7,Lot1191-1192,Demak Laut Ind.Est, Jalan Bako Kuching, Malaysia
Pusat Latihan Teknikal:-
- Pendawai Elektrik
- Tek. Automotif
- Tek. Kimpalan dan Fabrikasi Logam
- Tek. Baikpulih dan Mengecat Kenderaan
Kolej Komuniti Santubong
Kolej Komuniti Santubong terletak di bawah Parlimen Santubong dan telah ditubuhkan pada 14 Februari 2008 beralamat di kawasan Perniagaan Demak Laut, Jalan Bako, Kuching. Kawasan ini berada dibawah kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut iaitu salah satu daripada 3 kawasan D.U.N dibawah Parlimen Santubong.
Tujuan utama penubuhan Kolej Komuniti SeMalaysia adalah untuk memberi tunjuk ajar dalam bidang kemahiran kepada masyarakat setempat bagi meningkatkan pendapatan per-kapita. Oleh itu, penubuhan Kolej Komuniti Santubong kendalian Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia diwujudkan sebagai sebuah entiti yang boleh memberikan sumbangan dalam merealisasikan hasrat kerajaan iaitu melalui adanya Unit PSH/PISH (Pembelajaran Sepanjang Hayat/ Pendidikan Islam Sepanjang Hayat) yang bersifat memberi galakan dan penglibatan kepada masyarakat setempat mahupun seluruh komuniti di Parlimen kawasan Santubong
Kolej Komuniti Santubong juga ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, Kolej Komuniti Santubong berperanan sebagai tempat untuk memberi pendedahan kepada mereka dengan kendalian kursus-kursus Pendek yang ditawarkan. Lulusan Sijil Sepenuh Masa Kolej Komuniti Santubong juga berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang berkaitan atau boleh membuka perniagaan sendiri.