Sesi Pembersihan Dikawasan PEDi Taman Sepakat Jaya

15 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos, telah berlangsung sesi pembersihan di kawasan PEDi Taman Sepakat Jaya. Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus bertujuan untuk membersih kawasan sekitar. Kami menyeru kepada komuniti Taman Sepakat Jaya untuk sama - sama menjaga kebersihan premis untuk buang sampah ditempat yang sepatutnya. Selain itu, PEDi juga bukan kawasan untuk melakukan aktiviti yang tidak sihat. Hindari dari terjebak dengan aktiviti tidak sihat terutama para remaja. Mari kita budayakan lingkungan bersih dan sihat. Kami di PEDi Taman Sepakat Jaya sangat menghargai usaha murni komuniti setempat untuk menjaga kebersihan bersama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali