PDPR Pelajar Sekolah Menengah Mac 2022

22 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pelajar Sekolah Menengah menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) selama dua minggu mulai 21 Mac ini bagi Penggal 1 Sesi Persekolahan 2022/2023. Dua orang pelajar yang juga ahli berdaftar PEDi Taman Sepakat Jaya telah dan akan menjalani PDPR di PEDi selama tempoh dua minggu ini. Pelajar tersebut adalah daripada Tingkatan 1 dan Tingkatan 3. Kami sangat mengalu-alukan pembelajaran dan pengajaran berikut diadakan di PEDi Taman Sepakat Jaya. Pelajar lain yang memerlukan kemudahan perkhidmatan komputer dan internet untuk tujuan PDPR boleh kunjungi PEDi Taman Sepakat Jaya ataupun hubungi kami di inbox.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali