Kursus Latihan Pengendali Makanan

13 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Kursus Latihan Pengendali Makanan ini diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan dianjurkan oleh NZ Bunga Venture (Training & Consultant) diadakan 2 sesi iaitu pada 12 Mac 2022 dan 18 Mac 2022. Kursus ini dilakukan di PEDi Taman Sepakat Jaya dan secara dalam talian bagi peserta yang jauh dari PEDi. Pada sesi pertama peserta mengikuti kursus ini dari rumah (Zoom Meeting) dan seterusnya untuk sesi yang kedua, peserta mengikuti kursus ini dari rumah dan juga dari PEDi Taman Sepakat Jaya.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk membimbing peniaga khususnya peniaga makanan cara yang betul dan selamat untuk menyediakan makanan, mengajar cara pencegahan pencemaran makanan dan keracunan makanan, mengetahu akta perundangan makanan yang berkaitan dan sebagainya. Tugas PEDi pula adalah untuk membimbing peserta menggunakan perkhidmatan komputer dan kemudahan internet dengan lancar semasa menghadiri kursus ini. Kelebihan dan kebaikan kursus ini adalah ianya dilakukan dalam talian dan ianya lebih mudah dikendalikan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Kursus ini juga berpatutan dan PEDi menyediakan tempat dan kemudahan yang selesa untuk peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali