Modul Pengenalan Asas Microsoft Excel (Sambungan)
20 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniModul Asas Pengenalan Excel pada hari ini adalah sambungan bagi peserta yang tidak dapat hadir pada modul yang lepas. 2 orang peserta telah mengikuti Modul Asas Pengenalan Ms. Excel ini telah mempelajari teori Ms. Excel, Latihan Memasukkan Data, Latihan Pengiraan (formula) bagi Jumlah Produk, Purata Markah, Peratusan Produk, Pengurangan Kos dan Kedudukan & Latihan Memasukkan Table kedalam Data Ms. Excel. Tujuan modul ini adalah untuk mengajar peserta mengetahui Asas Ms. Excel. Selain itu mengajar peserta menggunakan formula yang terdapat dalam Ms. Excel dan mengajar peserta memahami konsep Ms. Excel.
Kelebihan dan kebaikan modul ini adalah peserta mengetahui cara menggunakan Ms. Excel dan boleh digunakan untuk kemudian hari. Selain itu peserta akan mendapat sijil penyertaan/kehadiran sekiranya hadir secara konsisten setiap modul yang telah disediakan oleh PEDi Taman Sepakat Jaya. Bagi yang berminat untuk mengikuti Modul Microsoft Office di PEDi Taman Sepakat Jaya boleh menghantar mesej ke peti masuk FB Page PEDi Taman Sepakat Jaya. Semoga ilmu yang dikongsikan pada hari ini bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: