Kelas Pengenalan Asas Komputer & Kahoot
8 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniTelah diadakan Kelas Pengenalan Asas Komputer & Kahoot di PEDi Taman Sepakat Jaya yang melibatkan pelajar sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Kelas ini diikuti oleh seramai 7 orang pelajar. Kelas Pengenalan Asas Komputer memberi pengetahuan mengenai perkakasan komputer. Untuk menguji pemahaman pelajar, mereka didedahkan dengan Kuiz Kahoot mengenai komputer.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar mengetahui perkakasan komputer dan kegunaannya. Selain itu turut mendedahkan pelajar dengan pengetahuan mengenai komputer lama dan komputer yang terbaru masa kini. Kahoot adalah satu aplikasi permainan berasaskan pembelajaran yang menyeronokkan. Kuiz Kahoot yang disertai oleh pelajar untuk kelas ini adalah asas komputer dan advokasi.
Kelebihan dan kebaikan kelas ini adalah pelajar memahami penggunaan komputer dan boleh membantu mereka menggunakan komputer dengan betul. Selain itu pendedahan kepada aplikasi Kahoot pula ianya interaktif dan boleh menarik perhatian pelajar dan penglibatan mereka secara menyeluruh dapat ditingkatkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: