Pemberian “Duit Raya” PEDI Taman Sepakat Jaya

8 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang mulia dan istimewa bagi seluruh umat Islam kerana semua insan bergembira meraikan Hari Raya Aidilfitri sambil melakukan ibadah dan selalunya kanak-kanak adalah insan paling gembira kerana mendapat duit raya.

Justeru itu, Pengurus dan Penolong Pengurus PEDI Taman Sepakat Jaya mengadakan dan menjayakan program ini yang bertepatan dengan usaha menzahirkan syiar Islam menerusi kegembiraan memberi dan menerima sedekah serta mengeratkan silaturrahim.

Pemberian duit raya dilihat sebagai cara menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana boleh disamakan dengan bersedekah, sebahagian dari ibadat dan berpahala melakukannya. Hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Umar Al-Khattab RA berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah ditanya:
“Wahai Rasulullah, amal apakah paling utama?”
Baginda menjawab:
“Memberikan kegembiraan kepada hati seorang Mukmin, mengenyangkan rasa laparnya, memberi pakaian untuk menutup auratnya atau menunaikan keperluannya atau hajatnya” (Hadis Riwayat Tabrani)

Dengan memberi, ia mampu melapangkan jiwa. Bahkan Allah S.W.T. menjanjikan semakin banyak seseorang itu memberi, semakin luas pintu rezeki untuknya.

Allah S.W.T. berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya antara hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah juaa sebaik-baik pemberi rezeki.” (Saba’ 34:36)

Sekurang-kurangnya inilah yang menjadi bekalan yang boleh dibawa apabila kembali menghadap Allah S.W.T. dan menjaminkan kita ke SyurgaNya yang indah lagi membahagiakan. Wallahu a’alam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali