Lawatan KKM Ke PEDi TSJ Untuk Program KOSPEN 2022

7 April 2022 | Aktiviti Terkini

Tujuan lawatan KKM ke PEDi Taman Sepakat Jaya ialah untuk Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) yang memperkasakan rakyat Malaysia mengenai amalan gaya hidup sihat dan usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit di negara ini.

Inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar umbi.

Kelebihan dan kebaikan KOSPEN yang telah disediakan oleh KKM untuk PEDi Taman Sepakat Jaya ialah ketahui status kesihatan, makan secara sihat, hidup yang aktif, pengurusan berat badan dan tidak merokok.

Bagi yang berminat untuk membuat saringan kesihatan, boleh datang ke PEDi Taman Sepakat Jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali