Modul Asas Pengenalan Microsoft Excel (Sesi Terakhir)

28 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Februari 2022 (Ahad), Modul Asas Pengenalan Microsoft Excel iaitu modul sesi terakhir dari tiga sesi sepanjang bulan Februari 2022. Kelas ini dimulakan dengan penyampaian dan penerangan mengenai advokasi “Digital”.

Objektif modul ini adalah untuk menerangkan konsep asas tentang Microsoft Excel termasuk teori mengenai Microsoft Excel. Kemudian, peserta diberikan uji minda (Kahoot) untuk menguji kefahaman mereka tentang Microsoft Excel dan selepas itu, peserta diberikan latihan menggunakan Microsoft Excel. Semoga perkongsian ilmu pada sesi terakhir ini bermanfaat dan memudahkan para peserta dalam kerjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali