PEDi TSJ Bimbing Pengguna Membuat Surat Rasmi (Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Surau TSJ)

4 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

PEDi Taman Sepakat Jaya semalam telah membimbing pengguna PEDi yang juga seorang Setiausaha Surau Taman Sepakat Jaya untuk membuat Surat Rasmi (Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Surau Taman Sepakat Jaya) yang perlu disahkan dan dihantar ke JAIS. Setiausaha Surau Taman Sepakat Jaya iaitu Puan Habibah sangat komited dalam melakukan tugas beliau dan menggunakan PEDi Taman Sepakat Jaya sebagai tempat rujukan untuk memastikan tugas yang dilakukan oleh beliau disiapkan dengan secepat mungkin.

PEDi Taman Sepakat Jaya menyediakan kemudahan komputer dan internet yang boleh digunakan oleh peserta membuat surat rasmi dan dokumen rasmi yang lain. Selain itu, PEDi juga akan membantu pengguna yang memerlukan bimbingan untuk membuat dokumen rasmi dari segi penggunaan komputer, format dokumen dan menyimpan dokumen dalam bentuk PDF.

Untuk maklumat lanjut dan sekiranya ingin menggunakan kemudahan yang disediakan boleh berkunjung ke PEDi Taman Sepakat Jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali