Perniagaan Secara Dalam Talian Bersama PEDi Taman Sepakat Jaya

17 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

PEDi adalah Pusat Sehenti yang menyediakan capaian Internet untuk pengguna ICT dan juga Usahawan. Seorang peniaga yang menjual aksesori pakaian terpakai (Bundle) yang sering menjual pakaian secara dalam talian telah datang ke PEDi Taman Sepakat Jaya untuk mendapatkan capaian internet. Beliau telah melakukan jualan secara dalam talian menggunakan Facebook personal beliau. Kebanyakan peniaga kini banyak melakukan perniagaan atas talian selepas ekonomi terjejas disebabkan oleh Pandemik Covid19. Ramai peniaga melakukan inisiatif berniaga secara langsung dalam talian untuk memudahkan urusan jual beli dengan pelanggan. Pelanggan boleh memilih pembelian barangan secara dalam talian ataupun Cash On Delivery.

PEDi Taman Sepakat Jaya membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan yang inovasi dan berdaya saing. Kami sangat menggalakkan peniaga yang ingin meningkatkan ekonomi dan berniaga secara dalam talian di PEDi Taman Sepakat Jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali