Modul Asas Ms. Excel 2.0 & Advokasi Hak & Tanggungjawab Digital

27 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Modul Asas Microsoft Excel ini adalah sambungan untuk Asas Pengenalan Microsoft Excel yang sebelumnya. Seramai 5 orang peserta yang hadir pada Modul yang terakhir ini. Untuk sesi kali ini peserta didedahkan dengan latihan Microsoft Excel. Antara yang dipelajari dan latihan yang dilakukan adalah mengenai Penggunaan Functions Tambah & Purata, Cara Mengira Jumlah Secara Automatik, Cara Membuat Drop List & latihan kombinasi pembelajaran tersebut.

Sebelum itu, peserta turut diberi taklimat sedikit mengenai Advokasi Hak & Tanggungjawab Digital. Sangat penting untuk mengetahui tanggungjawab sebagai pengguna internet supaya dapat menggalakkan komuniti yang berhemah menggunakannya.

Tujuan modul ini adalah untuk mengajar peserta mengetahui Asas Ms. Excel. Selain itu mengajar peserta menggunakan formula yang terdapat dalam Ms. Excel dan mengajar peserta memahami konsep Ms. Excel.

Kelebihan dan kebaikan modul ini adalah peserta mengetahui cara menggunakan Ms. Excel dan boleh digunakan untuk kemudian hari. Selain itu peserta akan mendapat sijil penyertaan/kehadiran sekiranya hadir secara konsisten setiap modul yang telah disediakan oleh PEDi Taman Sepakat Jaya.

Bagi yang berminat untuk mengikuti Modul Microsoft Office di PEDi Taman Sepakat Jaya boleh menghantar mesej ke peti masuk FB Page PEDi Taman Sepakat Jaya. Semoga ilmu yang dikongsikan pada hari ini bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali