Projek CSR Kolaborasi PEDI TSJ & PEDI Kg Taee “Sedekah Rezeki, Infaq Ramadan”
30 April 2022 | Aktiviti TerkiniBersempena dengan bulan yang mulia ini iaitu Bulan Ramadan, Pengurus dan Penolong Pengurus PEDI Taman Sepakat Jaya (Aisah dan Haziq) berkolaborasi dengan Pengurus dan Penolong Pengurus Taee (Ramlah dan Ika) dalam menjayakan program “Sedekah Rezeki, Infaq Ramadan” serta mewakilkan Haziq untuk menghantar dan menyampaikan barang sedekah kepada 6 keluarga tersebut termasuk asnaf, ibu tunggal, warga emas dan OKU (sindrom down).
Bulan Ramadan adalah bulan yang berlipat ganda pahalanya dalam setiap amalan kita termasuklah puasa, solat berjemaah, solat sunat tarawikh termasuklah sedekah yang sangat dinantikan oleh para dermawan yang sentiasa menanti bulan ini untuk berinfak bagi tujuaan Ihya’ Ramadan. Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya:
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipatkan ganda (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurniaNya) Lagi Maha Mengetahui”
(Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 261)
Antara tujuan utama dan kebaikan program ini adalah PEDi Taman Sepakat Jaya dan PEDi Kampung Taee berkongsi rezeki kepada yang memerlukan bagi mengukir senyuman diwajah mereka dan membantu meringankan beban mereka dengan menghantarkan barang keperluan asas kepada 6 buah keluarga sedikit sebanyak sebagai penghibur hati mereka sebagai orang mukmin pada Bulan Ramadan ini. Sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W.:
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan orang dibawah adalah orang yang meminta”
(Hadis Riwayat Bukhari no. 1429, Muslim no. 1033)
Justeru itu, jangan kita lepaskan peluang yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dengan kedatangan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. Mari kita sama-sama meningkatkan amal ibadah pada Bulan Ramadan ini terutamanya pada sepuluh malam terakhir Ramadan ditambah dengan memperbanyakkan sedekah yang Allah kurniakan kepada kita kerana salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari Bulan Ramadan adalah melalui sedekah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: