Kursus Skincare & Basic Makeup Bersama Teacher Windy Bong
25 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniKursus Skincare & Basic Makeup telah diadakan di PEDi Taman Sepakat Jaya yang disertai seramai 8 orang peserta. Kursus ini dikendalikan oleh Teacher Windy Bong iaitu seorang Perunding Kecantikan Mary Kay.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang penggunaan skincare dan asas mekap yang sesuai untuk kulit. Selain itu, menerangkan kepada peserta terutama suri rumah menjana ekonomi melalui produk Mary Kay.
Kelebihan dan kebaikan kursus ini adalah peserta mengetahui asas penjagaan muka disamping boleh membantu peserta untuk menambah pendapatan dengan memulakan kerjaya bersama Mary Kay.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: