PEDi Taman Sepakat Jaya Bimbing Kerja Projek Kimia Pelajar

26 April 2022 | Aktiviti Terkini

Seorang pelajar telah hadir untuk melakukan Kerja Projek Kimia di PEDi Taman Sepakat Jaya. Pelajar tersebut turut mendaftar jadi ahli untuk mendapat pelbagai kemudahan yang disediakan di PEDi. Pelajar tersebut membuat Laporan Kerja Projek Kimia selepas melakukan eksperimen dirumah.

Bimbingan yang dilakukan adalah mengajar pelajar tersebut untuk menggunakan format Microsoft Word yang betul untuk membuat laporan. Selain itu, membantu pelajar tersebut untuk memuatnaik gambar eksperimen yang telah siap. Laporan kerja pelajar tersebut seterusnya dicetak.

Ahli yang mendaftar menjadi ahli di PEDi akan mendapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Sila berkunjung ke PEDi Taman Sepakat Jaya untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau layari Facebook Page kami di https://www.facebook.com/PEDitmnsepakatjaya/ .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali