PEDi TSJ Bimbing Pengguna Membuat Resume

22 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Keputusan SPM 2022 telah dikeluarkan beberapa hari yang lepas dan tiba lah saatnya pelajar lepasan SPM mencari peluang pekerjaan di pelbagai sektor. Tidak terkecuali buat seorang ahli berdaftar PEDi iaitu Adik Alyaa Najlaa yang telah datang ke PEDi Taman Sepakat Jaya untuk mendapatkan bimbingan membuat Resume.

Mendapat keputusan SPM yang agak cemerlang adik Alyaa yang juga kini sedang bekerja sementara ingin mencari peluang memasuki pekerjaan ke sektor yang lebih kukuh. Staff PEDi membantu adik Alyaa untuk menggunakan format Resume yang betul dalam Microsoft PowerPoint. Ada pelbagai jenis format Resume yang boleh digunakan.

Untuk mendapatkan khidmat bimbingan Resume yang betul atau surat rasmi yang lain boleh berkunjung ke PEDi Taman Sepakat Jaya. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada adik Alyaa dan semoga beroleh kejayaan pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali