Siaran Langsung Aplikasi YEZZA Untuk Perniagaan

23 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Februari 2022 (Selasa), Siaran Langsung Aplikasi YEZZA untuk Perniagaan diadakan di Facebook Live PEDi Kampung Taee. Pengurus PEDi Kampung Taee, Serian iaitu Miss Ram sebagai Moderator dan Pengurus PEDi Taman Sepakat Jaya, Kuching iaitu Puan Aisah Faizal sebagai Speaker.

Tujuan siaran ini adalah untuk memperkenalkan satu konsep baharu untuk memudahkan lagi peniaga membuat urus niaga di Whatsapp. Platfom ini dikenali sebagai YEZZA. Konsep yang amat menarik dan mudah difahami orang ramai terutamanya peniaga yang baru saja hendak memulakan perniagaan. Ia amat sesuai untuk peniaga-peniaga yang baru saja hendak memulakan perjalanan perniagaan.

Antara kebaikan dan kelebihan siaran langsung kali ini ialah membantu dan mengajar peniaga menggunakan YEZZA secara percuma dan sistematik. Selain itu, ia juga memudahkan peniaga terutamanya dalam menjimatkan masa peniaga dan lebih teratur.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali