Tutorial Slide Zoom Dalam Microsoft Powerpoint

15 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Slide Zoom adalah satu fungsi yang ada dalam Microsoft PowerPoint untuk menjadikan slaid pembentangan lebih interaktif dan menarik. Slide Zoom berfungsi untuk meringkaskan slaid menjadi satu konten sahaja apabila dibentangkan. Seterusnya menjadikan slaid tersebut seperti animasi yang bergerak. Tutorial ini dimuatnaik didalam Facebook Page dan Youtube PEDi Taman Sepakat Jaya.

Tujuan utama tutorial ini adalah untuk mendedahkan kepada pengguna Microsoft PowerPoint kegunaan Slide Zoom. Tutorial ini khas untuk komuniti atau pengguna yang sering menggunakan Microsoft PowerPoint untuk pembentangan. Selain itu, mengajar menggunakan Slide Zoom untuk menghasilkan slaid yang interaktif.

Kelebihan tutorial ini adalah ianya ringkas dan mudah difahami. Selain itu, pengguna mendapat manfaat dan idea melalui pengetahuan yang dikongsikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali