Lawatan Pihak Shopee Ke PEDI TSJ Untuk Program Pupuk@Usahawan Shopee

21 April 2022 | Aktiviti Terkini

PEDi Taman Sepakat Jaya menerima kedatangan tiga orang wakil dari SHOPEE untuk membuat lawatan dan diberi penerangan oleh Pengurus PEDI Taman Sepakat Jaya, Puan Aisah Faizal serta sesi soal jawab antara kedua-dua pihak.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengoperasian PEDi dan pelbagai program yang biasa diadakan di PEDi.

Program Permerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) merupakan inisiatif pendigitalan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan melibatkan memperuntukkan RM200 juta untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta RM100 juta untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

PUPUK menggalakkan usahawan mikro menceburi perniagaan dalam talian menerusi platform e-dagang bagi menyokong ekonomi digital negara. Ia melibatkan kerjasama strategik antara penyedia platform digital dan syarikat telekomunikasi untuk memperkasakan dan membantu usahawan luar bandar terlibat dalam ekonomi digital.

Kempen PUPUK@Shopee adalah kerjasama antara Shopee dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. PUPUK@Shopee di bangunkan sebagai inisiatif untuk memperkasakan usahawan mikro menceburi platform e-Dagang dan beralih menggunakan teknologi terkini secara dalam talian bagi mendorong usahawan mikro beralih kepada pendigitalan.

Antara kebaikannya ialah sebanyak 1,000 usahawan Mikro akan dibimbing oleh Shopee untuk meningkatkan penjualan mereka di platform digital mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali