Gotong Royong Perangi Aedes Bersama DBKU & JKKK Tmn Sepakat Jaya

27 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2022, bertempat di Dewan Taman Sepakat Jaya, PEDi Taman Sepakat Jaya telah menyertai program Gotong Royong Perangi Aedes anjuran bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan JKKK Taman Sepakat Jaya. Program tersebut juga turut disertai bersama oleh penduduk setempat dalam usaha memerangi aedes di sekitar kawasan kediaman.

Program ini diadakan untuk memberi kesedaran dan memerangi aedes disamping mengeratkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk. Program bermula sekitar jam 8:00 pagi dengan aktiviti senamrobik bagi merancakkan suasana program dan seterusnya dimulakan dengan bacaan doa. Program seterusnya disambung dengan melakukan kerja-kerja kebersihan dikawasan taman dan sekitarnya. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama peserta program dan jamuan.

Semoga usaha dan kerjasama pelbagai pihak ini akan dapat membantu membasmi tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali