Bengkel MIV Bersama Komuniti Pejabat MCMC SWK, Kluster PEDi KCH

26 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

MIV adalah program sukarelawan ICT yang berhasrat untuk menganjurkan sumber sukarelawan untuk membantu pelbagai komuniti di kawasan - kawasan yang dikenal pasti dalam kerja - kerja yang memberi tumpuan kepada penggunaan peralatan ICT dan pembangunan ICT dalam masyarakat.

PEDi Taman Sepakat Jaya telah membawa 6 orang sukarelawan untuk mengikuti bengkel ini. Antara aktiviti mengikut sesi pada hari tersebut adalah Ucapan dari Pengarah MCMC Sarawak Encik Adiman Ajem, Sesi Pengenalan MIV, Inisiatif MCMC Lain Serta Tugasan Sukarelawan dari Puan Hashima Hashim (Ketua Jabatan Program Komuniti MCMC), Sesi Pemasaran Menggunakan Media Sosial dari Encik Cyril Dason (Blogger Sarawak), Sesi E-Bayaran dari Encik Mohamad Mukhlis bin Wirasari(Eksekutif Bank Negara), Sesi Perkongsian Produk & Perkhidmatan Pos Malaysia dari Encik Nisewan bin Hj Abdul Rahim, Sesi Kemahiran Insaniah: Kemahiran Berkomunikasi dan Berinteraksi dari Encik Mohamamad Adha bin Haji Mahli dan Sesi Penggunaan Telefon Pintar Untuk Fotografi, Videografi dan Aplikasi Penyuntingan dari Encik Fitzpatrick Anak Ricky Guing ( Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia, UNIMAS).

Semoga program ini membri manfaat kepada kesemua sukarelawan supaya dapat meningkatkan program celik digital di seluruh negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali