Kelas Pengenalan Asas Menaip & Kahoot
11 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniTelah diadakan Kelas Asas Menaip & Kahoot di PEDi Taman Sepakat Jaya yang melibatkan pelajar sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Kelas ini diikuti oleh seramai 7 orang pelajar. Kelas Asas Menaip mendedahkan pelajar cara untuk menaip menggunakan Microsoft Word Untuk menguji pemahaman pelajar, mereka didedahkan dengan Kuiz Kahoot mengenai komputer.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar cara menggunakan Microsoft Word dan diberikan latihan menaip. Selain itu, mendedahkan kepada pelajar ciri – ciri penggunaan Microsoft Word untuk digunakan dalam latihan mereka. Pelajar juga diajar menaip menggunakan papan kekunci dan penggunaan jari untuk menaip.
Kelebihan dan kebaikan kelas ini adalah pelajar memahami penggunaan komputer dan boleh membantu mereka mengenali Microsoft Word dan membiasakan mereka untuk belajar menaip. Selain itu pendedahan kepada aplikasi Kahoot pula ianya interaktif dan boleh menarik perhatian pelajar dan penglibatan mereka secara menyeluruh dapat ditingkatkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: