PEDi TSJ Bimbing Panduan Membuat Resume Belia

10 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Resume adalah suatu medium yang membolehkan sesebuah majikan atau pihak tertentu untuk mengetahui mengetahui mengenai diri seseorang yang berkaitan dengan kepentingan dan keperluan majikan atau pinak tersebut. Oleh itu, Resume berkait rapat dengan kejayaan dan kelebihan yang ada pada diri individu tersebut.

Dua orang belia telah berkunjung ke PEDi TSJ untuk mendapatkan khidmat bimbingan membuat Resume. Bimbingan yang dilakukan termasuklah format template Resume yang terkini dan menarik, konten yang diperlukan dalam Resume dan gambar passport yang juga disunting di PEDi.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua belia tersebut dan semoga mendapat pekerjaan yang diingini. Untuk mendapatkan khidmat bimbingan membuat Resume boleh berkunjung ke PEDi Taman Sepakat Jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali