Program Bubur Lambuk Surau Taman Sepakat Jaya 2022

10 April 2022 | Aktiviti Terkini

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Surau Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Program Bubur Lambuk untuk diagihkan kepada kesemua penduduk di Taman Sepakat Jaya.

Sesi gotong-royong telah bermula seawal 10 pagi bersama AJK Surau dan warga penduduk. Syed Muhammad Haziq mewakili PEDi Taman Sepakat Jaya turut mengambil peluang untuk membantu sedikit sebanyak dalam program ini.

Program seperti ini membantu untuk menimbulkan kesedaran dalam menghayati erti Bulan Ramadhan. Selain itu, menambahkan pengetahuan mengenai isu - isu khidmat masyarakat.

Terima kasih dan syabas diucapkan buat kesemua AJK Surau Taman Sepakat Jaya atas kejayaan program kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali