Kelas Asas ICT (Excel & Email)

18 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2021 bersamaan dengan hari Selasa, seorang ahli Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya meminta tunjuk ajar daripada petugas cara menggunakan perisian Excel bagi mengisi data pendaftaran vaksin untuk anak beliau. Selain itu, beliau juga telah didedahkan dengan penggunaan email. Seperti yang kita sedia maklum, pengunaan email amatlah penting pada masa ini kerana hampir semua perkhidmatan memerlukan kita untuk mendaftar menggunakan email.

Pengguna yang datang berkunjung ke PIK adalah dibenarkan dan mereka disarankan untuk mengamalkan SOP sebelum, semasa dan selepas berada di PIK seperti yang terdapat di garisan panduan pada Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 sekarang. Pengguna haruslah menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas kehadiran di PIk atau direkodkan dalam buku kehadiran yang telah disediakan. Pengguna yang mempunyai suhu badan melebihi kadar tidak sihat ( melebihi 37.5 darjah celcius ) dan mempunyai gejala jangkitan Covid-19 adalah tidak dibenarkan memasuki premis PIK.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali