Aktiviti Membuat Video Hari Kebangsaan 2021

25 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2021 bersamaan dengan hari Selasa, Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021 iaitu membuat video kreatif menggunakan aplikasi TikTok. Aktiviti ini disertai oleh 4 ahli Pusat Internet Taman Sepakat Jaya dan mereka disarankan untuk mengamalkan SOP sebelum, semasa dan selepas berada di PIK seperti yang terdapat di garisan panduan pada Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 sekarang. Selain itu, mereka haruslah menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas kehadiran di PIK atau direkodkan dalam buku kehadiran yang telah disediakan.

Pengguna yang mempunyai suhu badan melebihi kadar tidak sihat (melebihi 37.5 darjah celcius ) dan mempunyai gejala jangkitan Covid-19 adalah tidak dibenarkan memasuki premis PIK. Peserta aktiviti ini dikehendaki membuat satu video mengenai Hari Kebangsaan dan perlu memasukkan elemen-elemen SOP pencegahan jangkitan Covid-19. Mereka telah memilih lagu Baik Semula dan elemen yang dimasukkan oleh mereka adalah untuk sentiasa bersemangat dalam menjalani PdPR, memakai pelitup muka dan menggunakan sanitiser setiap kali keluar dari rumah.

Pautan Video:Klik Disini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali