Kelas Asas Menaip (Tahap 1)

2 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Kelas Asas Menaip (Tahap 1). Tujuan utama kelas berkenaan diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan komponen-komponen asas komputer dan cara yang betul menggunakan papan kekunci komputer. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PIK Taman Sepakat Jaya dan telah berlangsung selama 1 jam. Seramai 5 orang peserta yang juga merupakan ahli berdaftar PIk yang turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali