Step By step To Be a Shopee Seller
4 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 03 Januari yang lepas bersamaan hari ahad, Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan kelas online melalui platform Streamyard facebook bertajuk “ Step by Step to be a Shopee Seller”. Kelas tersebut diadakn bertujuan untuk menambah ilmu para peniaga untuk memperluaskan platform jualan mereka secara online selain berniaga di facebook, Whatsapp, dan juga Instagram. Melalui live streaming tersebut, para peserta diajar untuk menjadi Shopee seller melalui langkah yang pertama iaitu membuat akaun Shopee sehinggalah memuat naik gambar produk jualan dan memindahkan kredit wallet ke akaun bank.
Melalui live stream yang telah diadakan di Facebook page Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya tersebut, video tersebut telah mendapat 17 like, 1 komen dan 8 perkongsian. Selain telah dilihat oleh sebanyak 134 kali oleh pengguna, capaian video tersebut telah mengjangkau sebanyak 443 orang sejak live stream pada 03 Januari 2021. Tersapat 10 orang yang telah mengisi Google Form attendance bagi kelas online tersebut yang rata-ratanya adalah dikalangan peniaga tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: