Sembang Santai: Cabaran Pendidik Semasa Pandemik Covid-19
28 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya berkolaborasi dengan Pusat Internet Komuniti Meradong dalam sebuah Program Sembang Santai yang bertajuk “Cabaran Pendidik Semasa Pandemik Covid-19”. Pihak kami telah menjemput Ts. Dr. Alan Ting Huong Yong, Dekan School of Computing & Creative Media, University College of Technology Sarawak (UCTS) sebagai panel jemputan. Program ini telah dijalankan secara langsung di Facebook PIK Taman Sepakat Jaya pada 27 Jun 2021 jam 2:30 petang. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk:
- Mempromosikan University College of Technology Sarawak
- Menerangkan secara ringkas mengenai School of Computing & Creative Media dan syarat minimum untuk melanjutkan ke kursus berkenaan
- Berkongsi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pendidik dan pelajar semasa pandemik Covid-19
- Menerangkan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh pihak UCTS semasa pandemik Covid-19
- Memaklumkan kepada penonton bahawa UCTS dijadikan sebagai salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
- Mewujudkan kerjasama antara PIK dan organisasi kerajaan.
Diharap dengan program yang telah dijalankan ini dapat memberi info bermanfaat kepada penonton lebih-lebih lagi kepada lepasan STPM dan ke atas untuk memohon melanjutkan pelajaran ke UCTS.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: