Pengenalan kepada permainan Roblox serta menyelesaikan permainan Mini dan Pembelajaran Modul Maxis e-Kelas
28 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 September 2021, Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan satu sesi pengenalan kepada permainan Roblox serta cara menyelesaikan permainan Mini yang di sediakan dan pembelajaran Modul kepada para pelajar di dalam e-Kelas Maxis. Maxis e-Kelas adalah sebuah program komuniti perdana Maxis yang membawakan pembelajaran digital untuk semua pelajar Malaysia.
Inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah ini menawarkan cara belajar yang menyeronokkan melalui penyediaan akses percuma kepada kandungan pendidikan berkualiti dan aktiviti menarik, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Program ini memfokuskan kepada tiga subjek utama iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 seluruh negara. Tujuan pengenalan mengenai e-Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar cara untuk mendaftar sebagai ahli e-Kelas. Selain itu, pelbagai manfaat yang diperolehi sekiranya mengikuti e-Kelas ini kerana ianya adalah pembelajaran digital yang percuma.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: