Kelas Membuat Resume

29 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Canva adalah sebuah platform web-based yang boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai bentuk grafik multimedia seperti poster, Instagram post, postcard, logo dan juga boleh digunakan untuk membuat resume. Canva juga mempunyai aplikasi yang boleh dimuat turun sama ada di Google Play Store atau Apple Store untuk memudahkan para pengguna untuk membuat rekaan grafik di telefon pintar. Pada 28 Jun 2021, petugas PIK telah mengadakan Kelas Membuat Resume bersama dengan seorang ahli PIK Taman Sepakat Jaya dengan menggunakan aplikasi Canva. Kelas ini diadakan secara atas talian menggunakan platform Streamyard. Antara pengisian kelas ini adalah seperti yang berikut:

Diharap dengan kelas yang telah dijalankan ini dapat membantu peserta mendapatkan pekerjaan sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali