Kahoot Kuiz Hari Kebangsaan 2021

25 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2021 bersamaan dengan hari Selasa, Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021 iaitu kuiz menggunakan Kahoot. Aktiviti ini turut disiarkan secara langsung di Facebook Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya. Seramai 6 peserta menyertai kuiz ini dan terdapat 2 peserta yang menjawab kuiz ini di rumah. Para peserta dikehendaki untuk menjawab sebanyak 20 soalan kuiz mengenai Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Selain daripada itu, peserta turut didedahkan dengan soalan kuiz mengenai Klik Dengan Bijak iaitu buli siber dan maklumat palsu.

Pautan di laman Facebook:Klik Disini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali