Kelas Menyunting Poster Menggunakan Canva
22 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniCanva adalah sebuah platform web-based yang boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai bentuk grafik multimedia seperti poster, Instagram post, postcard, logo dan juga boleh digunakan untuk menghasilkan pembentangan video. Canva juga mempunyai aplikasi yang boleh dimuat turun sama ada di Google Play Store atau Apple Store untuk memudahkan para pengguna untuk membuat rekaan grafik di telefon pintar. Kelas menyunting poster menggunakan Canva yang telah dijalankan pada 21 Jun 2021 jam 2:30 petang ini adalah kolaborasi bersama dengan PIK Meradong dan PIK Telaga Air secara langsung di Facebook PIK Taman Sepakat Jaya. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk:
- Menggalakkan orang ramai turut sama mendaftar vaksin di aplikasi MySejahtera
- Menyeru penonton agar tidak mudah menyebarkan maklumat palsu tanpa menyemak kesahihan terlebih dahulu
- Menggalakan usahawan membuat poster produk yang menarik dan kreatif untuk menarik minat pembeli yang berpotensi
- Memperkenalkan Canva dan membuat tutorial menyunting poster produk untuk tujuan pemasaran di laman sosial usahawan
Diharap dengan kelas yang telah dijalankan ini dapat membantu para usahawan untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif serta mampu meningkatkan hasil jualan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: