Simulasi Temu Duga Secara Online

4 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 3 September 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Taman Sepakat Jaya (TSJ) telah menerima kehadiran dari seorang ahli PIK TSJ berumur 32 tahun yang menghadiri sesi simulasi temu duga secara online bagi jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan. Beliau telah memilih Pusat Internet sebagai lokasi bagi menghadiri sesi temu duga untuk memastikan sesi temu duga berjalan dengan lancar. Beliau telah didedahkan cara untuk masuk ke pautan yang telah diberikan oleh pihak SPA dan memuat turun applikasi yang digunakan untuk sesi temu duga yang akan datang. Semoga beliau beroleh kejayaan dan mendapat berita baik daripada SPA. Terima kasih kerana memilih Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya sebagai lokasi temu duga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali