Kelas Asas Excel

22 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 September 2021, petugas Pusat Internet Komuniti (PIK) Taman Sepakat Jaya (TSJ) membimbing salah seorang ahli Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya yang berumur 32 tahun menggunakan perisian Microsoft Office Excel. Beliau telah didedahkan dengan penggunaan Microsoft Excel dan cara untuk membuat jadual menggunakan excel. Beliau juga didedahkan dengan cara untuk menyimpan dokumen excel di folder dan menukarkan format excel ke format PDF. Kelas ini berlangsung dari jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali