Peperiksaan SPA Pembantu Tadbir

26 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Taman Sepakat Jaya (TSJ) telah menerima kehadiran dari seorang ahli PIK TSJ berumur 35 tahun yang ingin menjawab peperiksaan SPA Secara Atas Talian di PIK TSJ. Kelas peperiksaan bermula dari jam 2 petang sehingga 3 petang. Beliau telah didedahkan cara untuk masuk ke pautan yang telah diberikan oleh pihak SPA kerana ini merupakan pengalaman pertama beliau menjawab peperiksaan SPA secara atas talian. Selain itu, petugas juga menunjukkan cara bagaimana menjawab soalan peperiksaan tersebut dengan menekan pilihan jawapan dan cara untuk pergi ke soalan yang seterusnya. Semoga beliau beroleh kejayaan dan mendapat berita baik daripada SPA. Terima kasih kerana memilih Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya sebagai lokasi untuk menjawab Peperiksaan SPA.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali