Kelas Asas ICT (Email & Akaun DELIMa)

26 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2021 bersamaan dengan hari Rabu, seorang ahli Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya meminta tunjuk ajar daripada petugas cara untuk mengaktifkan dan login pertama kali akaun DELIMa. Beliau juga didedahkan dengan penggunaan dan cara menggunakan email serta penggunaan asas komputer. Pengguna yang datang berkunjung ke PIK adalah dibenarkan dan mereka disarankan untuk mengamalkan SOP sebelum, semasa dan selepas berada di PIK seperti yang terdapat di garisan panduan pada Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 sekarang. Pengguna haruslah menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas kehadiran di PIk atau direkodkan dalam buku kehadiran yang telah disediakan. Pengguna yang mempunyai suhu badan melebihi kadar tidak sihat melebihi 37.5 darjah celcius ) dan mempunyai gejala jangkitan Covid-19 adalah tidak dibenarkan memasuki premis PIK.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali