Kelas Asas Canva (Sticker)

15 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2021 bersamaan dengan hari Sabtu, seorang usahawan Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah didedahkan dengan aplikasi Canva untuk membuat sticker perniagaan beliau. Penggunaan aplikasi Canva ini sangat mudah digunakan untuk usahawan bagi membuat poster ataupun gambar produk jualan mereka untuk nampak lebih menarik. Selain itu juga, aplikasi ini juga percuma digunakan dan beliau juga telah menggunakan perkhidmatan cetak bagi sticker perniagaan beliau. Dengan ada nya kelas seperti ini, usahawan-usahawan di Pusat Internet boleh memperluaskan lagi kreativiti dalam pembungkusan produk jualan mereka supaya lebih nampak berkualiti dan menarik pelanggan untuk membeli.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali