Kelas Asas Canva (Logo)

19 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2021 bersamaan dengan hari Rabu, Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Kelas Asas Canva (Logo). Kelas ini disertai oleh seorang peserta yang merupakan pelajar sekolah menengah. Peserta mempunyai tugasan daripada pihak sekolah untuk subjek Pendidikan Seni Visual di mana beliau dikehendaki membuat satu logo digital dan melukiskan semula logo tersebut. Peserta didedahkan dengan aplikasi Canva di mana aplikasi ini boleh digunakan untuk membuat logo dan juga poster.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali