Kelas Asas ICT (Avana)

22 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2021 bersamaan dengan hari Sabtu, seorang usahawan Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya untuk meminta tunjuk ajar daripada petugas cara untuk menukar tetapan tempahan di aplikasi e-perniagaan yang digunakan oleh beliau iaitu Avana. Avana adalah salah satu e-pernigaan yang digunakan oleh usahawan-usahawan menjual produk-produk mereka secara atas talian. Memandangkan beliau masih baru dalam penggunaan e-perniagaan, beliau telah dibantu oleh petugas cara untuk memasukkan produk jualan ke aplikasi tersebut. Selain itu juga, beliau juga didedahkan dengan copy writing yang menarik dan berkesan bagi mempromosikan produk beliau atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali