Food Panda Vendor

30 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 29 May 2021 bersamaan hari sabtu, Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Kelas Online Keusahawanan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya yang bertajuk Food Panda Vendor. Kelas Keusahawanan secara langsung tersebut diadakan selama 30minit dengan mendedahkan cara untuk menjadi food vendor dengan berniaga dari Rumah. Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk membantu para peniaga kecil-kecilan yang terkesan akibat pandemic Covid-19.

Diharap dengan tutorial video tersebut, para peniaga dapat memanfaatkan lagi teknologi yang sedia ada untuk meneruskan perniagaan mereka dimusim pandemic Covid-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali