Maxis e-Kelas (Semakan koding projek untuk program Scratch)

24 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 20 Oktober 2021 sehingga 23 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Maxis e-Kelas (Semakan projek koding untuk program Scratch). Tujuan utama kelas berkenaan diadakan adalah untuk para pelajar membuat semakan koding untuk projek Scratch mereka tersendiri sebelum di hantar ke pertandingan Maxis e-Kelas Misi ke Marikh.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PIK Taman Sepakat Jaya dan telah berlangsung selama 1 jam. Seramai 5 orang peserta yang juga merupakan ahli berdaftar PIk yang turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali