Kelas Menaip (Tahap 1 peringkat 2)

30 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 29 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan kelas menaip (Tahap 1 Peringkat 2). Tujuan utama kelas berkenaan diadakan bagi memperkenalkan para pelajar terhadap cara menaip yang betul dan teratur, mengikut tahap yang sesuai dengan pembelajaran para pelajar. Para pelajar juga dibekalkan dengan tahap dan peringkat yang berbeza mengikut kebolehan mereka tersendiri.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PIK Taman Sepakat Jaya dan telah berlangsung selama 1 jam. Seramai 5 orang peserta yang juga merupakan ahli berdaftar PIk yang turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali