Maxis e-Kelas (Pengenalan dan pengendalian program Scratch)

10 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 1 Oktober 2021 sehingga 9 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Maxis e-Kelas (Pengenalan dan pengendalian program Scratch). Tujuan utama kelas berkenaan diadakan adalah untuk memperkenalkan para pelajar dengan pembelajaran asas sistem koding melalui program Scratch. Selain itu, para pelajar juga membuat persediaan bagi memasuki pertandingan untuk program Scratch..

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PIK Taman Sepakat Jaya dan telah berlangsung selama 1 jam. Seramai 5 orang peserta yang juga merupakan ahli berdaftar PIk yang turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali