Maxis e-Kelas (Pengendalian dan pembelajaran program Scratch)

17 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 11 Oktober 2021 sehingga 16 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Maxis e-Kelas (Pengendalian dan pembelajaran program Scratch). Tujuan utama kelas berkenaan diadakan adalah untuk memberi pembelajaran dan untuk para pelajar mengendalikan projek Scratch mereka tersendiri. Kelas ini juga bertujuan untuk menggalakkan para pelajar untuk berfikir secara lebih kreatif untuk reka bentuk projek mereka. Selain itu, para pelajar juga membuat persediaan bagi memasuki pertandingan untuk program Scratch.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PIK Taman Sepakat Jaya dan telah berlangsung selama 1 jam. Seramai 5 orang peserta yang juga merupakan ahli berdaftar PIk yang turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali