Kelas Online Learning

3 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 02 Februari 2021 bersamaan hari Selasa, Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Kelas Online Learning di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 peserta iaitu 1 peserta merupakan pelajar sekolah SK Pajar Sejingkat, dua pelajar dari SMK Bako, dan seorang merupakan mahasiswi daripada Universiti Tun Hussien Onn. Kelas tersebut diadakan untuk membantu pelajar-pelajar tersebut untuk menyiapkan kerja sekolah PdPR yang telah diberikan oleh Guru mereka. Kaedah pembelajaran PdPR merupakan inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan setiap pelajar dapat belajar disamping membantu memutuskan rantaian Covid-19.

Pelajar yang hadir kekelas tersebut, telah diajarkan untuk membuat rujukan di Internet samada menggunakan youtube, carian google dan juga buku teks online yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di web portal mereka. Kelas tersebut tamat pada pukul 1600 setelah berlangsung selama 1 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali