Kelas Pengenalan Komputer dan Sistem Operasi

16 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Kelas Pengenalan Komputer dan Sistem Operasi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan kepada para pelajar tentang fungsi komputer serta setiap bahagian komputer. Para pelajar digalakkan untuk mengetahui setiap fungsi komputer dan setiap bahagian komputer.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PIK Taman Sepakat Jaya dan telah berlangsung selama 1 jam. Seramai 5 orang pelajar yang juga merupakan ahli berdaftar PIK yang turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali