Kursus Latihan Pengendali Makanan

15 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi latihan serta pengetahuan am bagi mengendalikan makanan. Disamping itu, peserta juga akan memperolehi sijil sah untuk seumur hidup dan sijil tersebut diiktiraf oleh KKM. Antara pemberitahuan yang disertakan dalam kursus tersebut ialah pengendali makanan boleh didenda maksimum rm10,000 atau 2 tahun penjara jika disabit kesalahan tidak memiliki sijil pengendali makanan yang sah.

Kursus ini telah diadakan di Bilik Latihan PIK Taman Sepakat Jaya dan telah berlangsung selama 3 jam. Seramai 5 orang peserta yang juga merupakan ahli berdaftar PIk yang turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali