Kelas English (A, An, and The)

12 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Kelas English. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar para pelajar tentang penggunaan “A”, “An” dan “The”. Antara pengajaran yang diadakan ialah, mempelajari dari permainan dalam talian menggunakan komputer, membuat ayat contoh dan melatih para pelajar untuk membina ayat dari apa yang telah dipelajari. Setelah selesai sesi pembelajaran, para pelajar mengulang kaji apa yang telah mereka pelajari di dalam kelas.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan PIK Taman Sepakat Jaya dan telah berlangsung selama 1 jam. Seramai 5 orang pelajar yang juga merupakan ahli berdaftar PIK yang turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali